"Sekeping Hati Yang Perlu Dijaga..."

Hati Umpama Cermin...
Bila Pecah...
Sukar Di Cantum Semula....
Begitulah Hati..
Apabila Terluka,Memang Sukar Di Pulihkan....

Rabu, 18 April 2012

~~Hati~~


Aku selalu tanya dengan hati aku...apa yang dia nak??apa yang dia rasa??apa yang dia inginkan??macam2 lah....tapi,susah sangat nak jumpa jawapan yang tepat....Aku selalu keliru dengan perasaan aku...dan selalu membuat keputusan yang salah...puas...puas aku mencari...kenapa susah untuk dia bagi jawapan yang betul.....Tentang hidup aku??percintaan aku??persahabatan aku??aku ke yang bersalah??kerana xpernah nak faham apa yang hati aku inginkan..ape yang hati aku perlukan...


Bukan aku tak sayang dengan hati aku...malah aku ingin menjaganya dengan sebaik-baiknya..kerana dengan hati ini lah aku dapat merasakan perbagai perasaan...sakit..benci..kemanisan..sayang..cinta...macam aku dapat rase dari hati ini...


Tapi.......
Aku dah banyak kali buat hati aku menangis...dan aku terus biarkan dia menangis..dan menangis...kejam ke aku??Adakah aku seorang yang pentingkan diri...Aku mahukan orang keliling aku gembira,tersenyum bahagia..sehingga aku biarkan hati aku tersiksa...dan berterusan tersiksa....maafkan aku!!


Aku tak tahu sama ada aku patut kagum dengan kau atau kecewa kerana sifat kau yang sangat rapuh dan sangat lemah...kenapa sangat mudah kau rasa mengalah??kenapa??tapi adakala aku rase kagum...biarpun kau sering disakiti..dilukai...kau masih mampu berfungsi....terima kasih.......


Salah ke bila aku selalu tak jujur dengan hati aku???Aku selalu abaikan keinginannya...tapi ada satu saat aku tunaikan keinginannya..bukan aku tak sayang..malah aku terlebih sayang!!!aku patutnya menjaga hati aku dengan baik....aku patut tahu semua tu.....tapi kenapa,aku selalu biarkan ia menangis dan terus menangis.....tabah la hati...aku tahu kau kuat.......


Janganlah kau bersedih disaat apa yang kau rasa tidak di tunaikan...kau harus sentiasa ingat bahawa DIA yang diatas sana,yang memegang kau..bukan aku....bergantunglah kau pada DIA...kerana DIA adalah sebaik-baik penjaga....


Aku mahu kau jadi sekeping hati yang sangat kuat..xmudah rapuh..tak mudah jatuh bila  ke inginan tidak tercapai...janjilah hati..janji lah pada aku...janjilah bahawa kau akan sentiasa dekat pada-Nya....dan aku..akan usha untuk tidak buat kau menangis dan sakit lagi.....sama-sama lah kita berusha........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan